Penerima akan menghantar balik pengesahan kepada pengirim, ini seperti kita menggunakan telefon. Mula-mula kita angkat gagang dan mula mendail nombor rakan kita. Apabila ada jawapan dari rakan kita, kita mula berborak sehinggalah salah seorang akan mengatakan bye!. Baru kita meletakkan gagang telefon tersebut.
TCP menjamin kualiti penghantaran tetapi mempunyai kos overhead yang tinggi
TCP dikenali sebagai connection-oriented protocol,
TCP header bersaiz 20 octets.
UDP (User Datagram Protocol)
Pengirim akan menghantar data tanpa perlu menunggu balasan dari pihak penerima. Dengan kata lain, pengirim tidak ambil peduli sama ada data tersebut sampai ke destinasi atau tidak. Ini seperti kita melancong keluar negara, dari situ kita menghantar poskad ke kampung. Kita tidak perlu tahu sama ada poskad yang kita hantar sampai ke destinasi atau tidak.
Pemindahan data menggunakan pembawa UDP mempunyai kurang overhead berbanding dengan TCP kerana header UDP tidak mempunyai data sequencing, acknowledgements atau flow control. Ini membuat UDP sesuai digunakan untuk penghantaran data seperti email.
UDP juga dikenali sebagai connectionless.
UDP header bersaiz 8 octets.
Kesimpulannya, aplikasi socket yang menggunakan TCP memerlukan pertukaran data dua arah yang valid. Sedangkan, aplikasi socket yang menggunakan UDP lebih mengutamakan pada pengumpulan data.
Oleh itu, aplikasi socket dengan TCP sering diterapkan untuk aplikasi chat, transfer file, ataupun transaksi-transaksi penting. Sedangkan aplikasi socket dengan UDP sesuai diterapkan untuk aplikasi monitoring jaringan, game online, dan aplikasi-aplikasi broadcast.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan