Selasa, 11 Ogos 2009

Mengenali Socket

Socket adalah antaramuka pada jaringan yang menjadi titik komunikasi antara mesin dan Internet Protocol (IP), dan tentunya tanpa komunikasi ini, tidak akan ada pertukaran data dan informasi jaringan. Socket juga merupakan sebuah class yang disediakan oleh beberapa bahasa pemprograman. Dengan socket, sebuah aplikasi di sesuatu komputer dapat membuka sambungan (connection) untuk menghubungi aplikasi lain di komputer yang lain. Tentu saja aplikasi di komputer yang dihubungi menerima sambungan (connection) itu juga menggunakan socket.

Socket terdiri daripada elemen-elemen yang berikut:

1. Protokol
2. Local IP
3. Local Port
4. Remote IP
5. Remote Port

Dalam komunikasi antara dua pihak, seharusnya menggunakan kesepakatan aturan dan format yang sama agar komunikasi dapat digunakan. Contohnya, dua orang yang menggunakan bahasa yang sama, maka bahasa di sini berfungsi sebagai protokol. Protokol yang digunakan dalam socket dapat menggunakan TCP ataupun UDP. Komunikasi sederhana adalah komunikasi antara komputer A dan komputer B, di mana komputer A mahupun komputer B harus memiliki identiti yang unik, yang direpresentasikan oleh IP masing-masing.

Gaya pemprograman socket terawal adalah daripada sistem Unix BSD yang terkenal dengan bidang jaringan, sehingga sering disebut BSD Socket. Socket pertama kali diperkenalkan di sistem Unix BSD versi 4.2 tahun 1983 sebagai lanjutan dari implementasi protokol TCP/IP yang muncul pertama kali pada sistem Unix BSD 4.1 pada akhir 1981. Hampir setiap varian Unix dan Linux menggunakan BSD Socket.

Untuk membangunkan sesuatu aplikasi, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menganalisa jenis aplikasi yang ingin dibangunkan, memerlukan bandwidth, memerlukan ketersampaian data dan sensitifiti terhadap delay (kelewatan). Berdasarkan perkara-perkara ini, kita boleh menentukan protokol apa yang kita perlu gunakan, TCP atau UDP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan